Wednesday 20 February 2013

makan malam aku


ni roti bakar ka? pizza ka? tak nampak macam roti bakar kan. korang teka-teka lah ya. hahahaha. ni lah ciptaan baru roti bakar new version. hahaha. biasa lah dah terlampau creatif kan. kita cipta lah benda yang baru. gabungan 3 orang punya idea, sapa dia? aku, adek aku(belajar chef di giat mara) dan mak aku.
 tadi petang mak aku kata" pi lah masak roti tu. lama-lama pun nanti expire lak roti tu. guna periuk yang mak baru tu. hampa celok dalam telor pastu goreng." aku fikir-fikir balik betul jugak. malam tak yah makan nasi dah. biasa lah malam-malam ni tak bapa elok makan nasi, kesihatan penting jugak betul tak. apa-apa pun makanan ni seimbang, kalau dalam bahasa buku orang kata "hidangan sepinggan lengkap".


bahan-bahan dia senang budak sekolah rendah pun boleh buat, dalam masakan ni ada roti, telor, 'hotdog'( sosej) dan daun bawang. simple ja buat masakan ni korang mesti boleh buat punya. kalau dah tak nak remeh-temeh buat ja macam roti salut telur tu. kalau nak datang ke rumah aku. hahahaha. apa-apa pun ni lah hidangan makan malam kami sekeluarga untuk hari ni.

Tuesday 19 February 2013

Menu Makan Lunch Aku

Tengah hari tadi aku makan dengan sekeluarga, kalau bangsa cina depa kata makan besar lah. kalau melayu ni makan sekali atau makan hidang/ setalam. kalau india aku tak tau lah, depa sebut apa kalau makan sekeluarga ni. nanti aku dapat info aku tambah lah. kalau nak erat silatuurahim , kemesraan diantara keluarga, elok lah diamalkan setiap keluarga tak mengira bangsa. lagi pun kita kan 1malaysia betol tak.

 ni lah gulai ibunda aku, belom rasa belom tau, bila dah rasa satu periuk pun tak cukup-cukup, kahkahkahkah. ni gulai kepala ikan bawal tamboq, kalau orang pekan sebut ikan bawal hitam. tapi kalau orang yang pernah menyala ikan, memukat ikan, memancing ikan dia tau la apa beza dia ikan bawal hitam dengan ikan bawal tamboq ni. keenakan isi ikan bawal tamboq ni berbeza dengan ikan bawal hitam.





gulai ni made by my ibunda aku, no cetak rompak ya. insyallah kalau ada rezeki aku akan buka kedai makan. doa-doa la kan ya. ni baru gulai ikan bawal hitam.






ni ikan bawal goreng, adek aku yang goreng ikan ni. kahkahkah.ikn bawal tu. gambar di bawah tu sambal belacan buat sendiri




ni lah sepinggan lengkap lunch aku, ada lauk ikan bawal goreng, sambal belacan, sayur bayam hijau cikit. kenyang-kenyang. alhamdulillah...

Tuesday 12 February 2013

Menyakar & Bakar Sampah

Petang tadi kami sekeluarga menyakar sampah dan membakar sampah. dah lama tak menyakar dengan membakar sampah di belakang halaman rumah aku. biasa lah rumah kampung, sampah yang banyak pun daun-daun kering ja yang banyak. kalau biar lama-lama pun tak boleh jugak, nanti serangga berbisa yang masuk rumah. terutama lak pokok buluh ada tepi rumah. paham-paham ja lah pokok buluh ni macam mana kan dah lah bunyi dia pun masyarakat dah kata macam-macam ada hantu la, ada penghuni yang tak di undang lah dan pelbagai lagi lah masyarakat kata.


ni lah aku. tengah menyakar daun buluh yang kering tu. tinggal sehari pun dah banyak luruh, tu belom musim luruh. patut la orang tua-tua dulu boleh hidup lama, buat kerja kampung macam ni pun keluar peluh tak nanti nak jogging naik turun bukit. jogging cuma kesihatan kita saja. habis tu macam mana persekitaran rumah kita, lepas tu marah kan binatang yang tak berdosa tu. pada hal diri kita sendiri tak nak jaga persekitaran kita sendiri. nama pun manusia tak nak mengaku kesalahan sendiri, dan mudah lupa ingatan nya. kahkahkah. ni baru daun buluh, belom lagi batang buluh, kadang-kadang orang ni, bila tegur kata kita pandai-pandai kan. bila tak tegur dia buat ikut suka mak atok dia lak kan. tapi tu lah, menyusahkan orang lain lak. bila nak buang terpaksa buang dulu bekas depa potong tu. kalau tak buat macam tu, alamat dia parah la tangan aku bangang betol. sapa orang tu, masyarakat tak tanggungjawab.


dah habis menyakar, kita membakar lak. tengok lah berapa banyak daun kering da. tinggal sehari ja dah banyak tu, tambahan lagi tinggal seminggu dua minggu entah banyak mana tak tau lah. guna cara lama tu untuk bakar sampah tu. kahkahkahkah. pakai batang macis, biasa la macis ni ada kala dia patah, tak mau menyala dan macam-macam lagi kerenah macis ni. kalau guna batu tu dah terlalu darurat sangat kan
dia up cikit pakai macis dengan surat kabaq lama. sekali sekala kita bagi berasap sebab untuk mengelak nyamuk atau pun serangga yang jenis terbang ni tak lah datang rumah kita, kalau selalu membakar pun tak leh jugak. biasa lah sekarang ni cuaca terlalu hangat, nak buat macam mana  pokok banyak-banyak dah di tebang nya lak. zaman dah moden kan pokok tanam dalam pasu ja, bangunan tinggi mencakar ke langit tu lah menjadi kebanggaan.

Sunday 10 February 2013

Pokok Lemba

Pada zaman serba moden sekarang ni, pokok-pokok perubatan tradisional jarang kita temui. atas sebab pembangunan banyak di bangun, semua batu bata aja. tumbuhan hijau berkurangan sekarang ni. gambar di sebelah ialah gambar pokok lemba. pelbagai khasiat nya. contohnya merawat, mencegah penyakit kencing manis. sekarang ni ramai masyarakat kita mengidap kencing manis terutama pada kaum lelaki.






Ni lah bunga nya, bunga nya terletak di bahagia bawah batang pelepah nya, begitu jugak buah nya. warna bunga merah keunguan sedikit seperti dalam gambar di seblah ni. saya mohon maaf tak dapat menunjukkan gambar buah nya atas kerana ia belom berbuah lagi. hanya terdapat beberapa pokok yang baru berbunga. buah nya terdapat di bawah bunganya. 









Tanaman Nanas Sekeluarga

Di setiap petang kami sekeluarga akan bergotong royong mengemas, membakar dan menanam pokok.
kelmarin petang kami menanam pokok nanas, anak pokok nanas. Di belakang rumah, ada yang baru tanam, ada yang baru berbuah dan ada jugak baru nak berbunga.


Ni pokok nanas yang kedua. Nanas kampung biasa punya aja. nanas ni yang selalu ada jual kat market biasa ni, baru berbuah. Cantik tak, kahkahkah. kelopak bunga pun belom habis lagi,
baru 2 hari berbuah. kemungkinan dalam 2~3 hari lagi buah ni dah boleh abik dah la kot kan. tanam guna jambul nanas aja. kahkahkahkah. tak dapat anak dia. tapi ni lah hasil nya. alhamdullilah syukur atas limpah rahmat-Nya
Amin~~~





Ni jenis nanas gantang, nanas ni lah selalu ya orang akan abik buat jus minuman, jem sapu roti dan banyak lagi. nanas ni besar dan manis isi dia. tapi ni baru aja berbuah. kepolak bunga pun belom habis kering. nanas ni mahal kalau di jual, atas sebab qualiti dia tinggi, susah untuk menjaga dia, binatang malam suka tebok makan buah dia, manis kata kan. binatang pun suka tambah kan manusia kan. kahkahkahkah..





Ni lah proses pengambilan anak pokok  nanas. ni abah aku, kalis duri kata kan. kahkahkah. anak pokok nanas tumbuh di tepi-tepi pelepah. tapi ni tengah abik anak pokok nanas morris, nanas import punya tu. kahkahkahkah. isi nya manis macam kurma.











Tu dia anak pokok nanas yang baru kami tanam kat belakang rumah. kahkahkah. masih banyak lagi yang di tanam.











Friday 8 February 2013