Petang tadi kami sekeluarga menyakar sampah dan membakar sampah. dah lama tak menyakar dengan membakar sampah di belakang halaman rumah aku. biasa lah rumah kampung, sampah yang banyak pun daun-daun kering ja yang banyak. kalau biar lama-lama pun tak boleh jugak, nanti serangga berbisa yang masuk rumah. terutama lak pokok buluh ada tepi rumah. paham-paham ja lah pokok buluh ni macam mana kan dah lah bunyi dia pun masyarakat dah kata macam-macam ada hantu la, ada penghuni yang tak di undang lah dan pelbagai lagi lah masyarakat kata.
ni lah aku. tengah menyakar daun buluh yang kering tu. tinggal sehari pun dah banyak luruh, tu belom musim luruh. patut la orang tua-tua dulu boleh hidup lama, buat kerja kampung macam ni pun keluar peluh tak nanti nak jogging naik turun bukit. jogging cuma kesihatan kita saja. habis tu macam mana persekitaran rumah kita, lepas tu marah kan binatang yang tak berdosa tu. pada hal diri kita sendiri tak nak jaga persekitaran kita sendiri. nama pun manusia tak nak mengaku kesalahan sendiri, dan mudah lupa ingatan nya. kahkahkah. ni baru daun buluh, belom lagi batang buluh, kadang-kadang orang ni, bila tegur kata kita pandai-pandai kan. bila tak tegur dia buat ikut suka mak atok dia lak kan. tapi tu lah, menyusahkan orang lain lak. bila nak buang terpaksa buang dulu bekas depa potong tu. kalau tak buat macam tu, alamat dia parah la tangan aku bangang betol. sapa orang tu, masyarakat tak tanggungjawab.
dah habis menyakar, kita membakar lak. tengok lah berapa banyak daun kering da. tinggal sehari ja dah banyak tu, tambahan lagi tinggal seminggu dua minggu entah banyak mana tak tau lah. guna cara lama tu untuk bakar sampah tu. kahkahkahkah. pakai batang macis, biasa la macis ni ada kala dia patah, tak mau menyala dan macam-macam lagi kerenah macis ni. kalau guna batu tu dah terlalu darurat sangat kan
dia up cikit pakai macis dengan surat kabaq lama. sekali sekala kita bagi berasap sebab untuk mengelak nyamuk atau pun serangga yang jenis terbang ni tak lah datang rumah kita, kalau selalu membakar pun tak leh jugak. biasa lah sekarang ni cuaca terlalu hangat, nak buat macam mana pokok banyak-banyak dah di tebang nya lak. zaman dah moden kan pokok tanam dalam pasu ja, bangunan tinggi mencakar ke langit tu lah menjadi kebanggaan.